Selepas makam malam bersama-sama dengan isteri dan anak-anak, kita pun seperti biasalah, mengadap komputer membuka e-mail. Tersenyum simpul jika e-mail yang kita hantar tu dibalas oleh netters yang lain dengan berbagai-bagai gaya dan nadanya. Mulalah jari jemari kita bertambah asyik menari-nari di atas keyboard ingin membalas dengan segera agar kesinambungan isu yang kita bawa tu bertali arus di alam maya ini. Kita tenggelam di dalamnya.
Tersentak kita apabila isteri berlalu di belakang merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar cakapnya. Kita sabarkan telinga dengan alasan dah memang perangai anak kita tu begitu. Maka kita teruskan juga ketukan irama keyboard. Idea datang dengan lajunya bagaikan turunnya air hujan di musim tengkujuh. Rasa sayang untuk berhenti.














Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
Malam itu damai. Angin bertiup seperti biasa.
Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.
Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
